Monday 30 April 2012

LATIHAN BAHAGIAN C NILAI-NILAI MURNI UPSR

Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

  Buah delima pelbagai rasa,
         Dipetik sebelum waktu senja;
  Dari kecil hinggalah dewasa,
         Ibu bapa membelai penuh manja.
 
  Dalam sungai dipasang bubu,
         Masuk seekor anak kelisa;
  Sungguh mulia jasamu ibu,
         Sepanjang hayat dikenang sentiasa.
 
  Limau kasturi jangan dilupa,
         Beli juga sebungkus asam jawa;
  Tidakku lupa padamu bapa,
         Sanggup berkorban harta dan nyawa.
 
  Kacang dicampur santan kelapa,
         Nasi berulam pucuk pegaga;
  Terima kasih ibu dan bapa,
         Bersyukur kita hidup bahagia.

  -  Membelai penuh manja (Kasih sayang)
  -  Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
  -  Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
  -  Terima kasih ibu dan bapa (Menghargai)
  -  Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
  -  Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)

Contoh Jawapan
 Berdasarkan puisi, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh diamalkan. Antaranya, kita mestilah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka dengan memberikan pencapaian yang cemerlang kepada kedua ibu bapa kita. Seterusnya, kita haruslah menghargai seseorang dengan mengucapkan terima kasih. Di samping itu, kita patutlah bersyukur kepada Allah kerana diberi kebahagian hidup. Akhir sekali, kita sewajarnya hormat-menghormati antara satu sama lain supaya dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

LATIHAN PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang betul.

1.Ayah membawa dua ________ joran untuk memancing di sungai itu.
A bentuk
B urat
C batang
D utas

2. Pekerja-pekerja itu mengecat lapan ________ tiang rumah itu dengan warna kuning.
A bidang
B gulung
C biji
D batang

3. Rashidah menggunakan se __________ benang untuk menjahit beberapa helai baju.
A bais
B buku
C kaki
D helai

4. Puan Salmah menggunakan se ________ kertas untuk mencatat barang-barang keperluan anak-anaknya.
A helai
B timbun
C pasukan
D buku

5. Dua ____________ tiang lampu dihempap pokok semalam.
A kuntum
B batang
C papan
D longgok

6. Pak Osman menggunakan sepuluh ___________ kawat duri untuk memagari kebunnya.
A rawan
B gelung
C ketul
D rangkap


7. Encik Ali membaling beberapa ___________ pasir ke dalam sungai.
A rumpun
B genggam
C patah
D butir

8. Lengan baju pegawai itu terkena beberapa ____________ dakwat merah.
A titik
B potong
C ruas
D bentuk

9. Pemburu itu menggunakan beberapa __________ peluru untuk menembak rusa.
A laras
B das
C bilah
D butir

10. Petani itu memberikan sepuluh ___________ jagung kepada kami.
A tongkol
B biji
C baris
D ruas

Saturday 28 April 2012

Wednesday 25 April 2012

LATIHAN 3 SOALAN BAHAGIAN C


ANDA MAHIR NILAI MURNI
Lengkapkan nilai murni berdasarkan aktiviti yang disenaraikan.

1.


Beratur menaiki bas


2.


Mengikut arahan guru


3.


Tidak mudah kecewa


4.


Menjaga alam sekitar


5.


Menghulurkan bantuan


6.


Berkongsi barang  
dengan adik beradik 


7.


Mengucapkan terima
kasih


8.


Menghormati lagu
Negaraku


9.


Memotong kuku


10


Memberi hadiah


11


Membawa bekal ke
sekolah


12


Mengulang kaji


13


Membantu ibu dan bapa


14


Bertegur sapa


15


Menggunakan jejantas


16


Mengemas bilik tidur


17

Meminta maaf

LATIHAN 2 SOALAN BAHAGIAN C

Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang kamu peroleh daripada petikan di bawah :

SOALAN 2 :

      
       Norman dan Salim baru sahaja melaksanakan tugas mengemaskan bilik Kemahiran Hidup. Samad dapati, mereka agak kepenatan. Melihat keadaan itu, Samad segera ke kantin membeli minuman. Kemudian dia memberikan minuman itu kepada Norman dan Salim.
               Norman dan Salim amat berbesar hati menerima pemberian daripada rakannya itu. Justeru, mereka mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Samad. Setelah minum, mereka menutup tingkap lantas mengunci bilik tersebut.
               Ketika pulang, Norman terlihat Samad berjalan seorang diri. Norman meminta ayahnya memberhentikan kereta berhampiran Samad. Norman keluar dari kereta bapanya lalu mengajak Samad menaiki kereta bapanya untuk pulang.

LATIHAN 1 SOALAN BAHAGIAN C

SOALAN 1 :

       Farid baru sahaja memasuki pekarangan sekolah sambil menuntun basikalnya. Kemudian, dia menyusun basikalnya di pondok basikal lantas menguncinya. Dia berbuat demikan agar basikalnya selamat daripada ancaman.

       Setelah tiba di kelas, dia terus menjalankan tugasnya bersama rakan lain. Sampah disapu, kerusi meja disusun, manakala cermin pula dilap. Mereka bekerja bersama-sama dengan tenang dan mesra.

       Apabila loceng berbunyi, mereka segera beratur di tepi kelas. Sebelum masuk, ketua kelas akan meminta mereka mengemaskan pakaian. Mereka akur akan arahan itu.

TIPS MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini. Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu. Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah “menghargai”, manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah “Abang mengucapkan terima kasih”. Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan.
 a. Langkah pertama
Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran.
 Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah “mengulang kaji”. Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.
 b) Langkah kedua
Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya: Pengajaran Perbuatan Agar atau Siapa Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa - Zaidi
c) Langkah ketiga
 Membina ulasan lengkap.
Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan seperti Zaidi. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.
d) Langkah keempat
Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

KATA KERJA

1.
Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.
2.
Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.
3.
Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
 
(a)
kata kerja transitif
 
(b)
kata kerja tak transitif
4.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek 
selepasnya untuk membentuk predikat ayat.
 
Contoh :  Kakak membasuh baju.
 
“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah 
objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” 
merupakan predikat bagi ayat tersebut.
5.
Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:
 
(a)
kata kerja transitif dalam ayat aktif
Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.
 
(b)
kata kerja transitif dalam ayat pasif.
Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.
6.
Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
7.
Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk 
bertugas sebagai predikat ayat.
Contoh:  Kumar berenang..
 
“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan 
objek selepasnya.
8.
Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu
 
(a)
kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Contoh : Ibu saya masih tidur.
 
(b)
kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh :  Kami tinggal di Seremban.