Wednesday, 25 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 6
Mata Pelajaran     :   Bahasa Melayu
Tarikh                   :   24 April 2012
Masa                      :   9.00 - 9.30 pagi (30 minit)
Tahun                    :   6 Al-Farabi
Bil. Murid             :   41 orang
Tema                     :   Sekolah
Tajuk                     :   Membina ulasan
Kemahiran:
 Fokus Utama        :11.2 Aras 3(i) Merumus perkara yang menarik serta nilai dan pengajaran                                                           yang diperoleh daripada bacaan secara kritis.
Fokus Sampingan  : 6.5 Aras 3(i) Membaca dan mengumpul maklumat secara imbasan untuk   
                                                      membuat kesimpulan.
Objektif                 :   Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
                              1.  Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan.
                              2.  Menulis ulasan nilai murni dengan lengkap.
Pengetahuan Sedia Ada :Murid mengetahui dan mengenal pasti 17 nilai murni.
Sistem Bahasa:   Tatabahasa – ayat majmuk
                                                                                                                                 kata hubung
                                                   penanda wacana
                                                   kata bantu
Bahan Bantu Belajar:   LCD projektor, komputer, kad nilai murni.
Kemahiran Bernilai Tambah:   Kecerdasan Pelbagai - verbal linguistik (muzik)
                                                                                                                                 Kemahiran Berfikir -  menjana idea                                                                              
                                                  Belajar Cara Belajar – membaca
Nilai                      :    bertanggungjawab, berdisiplin, patuh, hormat, berhati-hati                 
                                                                                                                                               
                                  AKTIVITI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Bahan grafik

1. Guru menayangkan bahan   grafik.                          
2. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran melalui soal jawab.
1. Murid melihat bahan grafik.
2. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.



Kemahiran Berfikir
Menghubung
Kait dan
Menghurai
BCB
menonton dengan aktif

Langkah 1
(5 minit)

Petikan teks
1.Guru meminta murid membaca petikan teks yang dipaparkan.
2. Guru meminta murid mengecam perkataan atau frasa yang menunjukkan kata kerja.
1. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk membaca petikan teks.
2. Murid mengecam perkataan  atau frasa dalam petikan yang menunjukkan kata kerja..
BCB
Membaca

BBB
Petikan teks
Langkah 2
(10 minit)

Nilai murni
Kata hubung
Kata bantu
Penanda wacana
1. Guru meminta murid menggarisi perkataan atau frasa yang menunjukkan kata kerja.
 2. Guru meminta murid menyenaraikan kata kerja tersebut, 
3. Guru meminta murid memadankan aktiviti dengan nilai murni yang dipelajari.
4.Guru meminta murid melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian yang sesuai.
1. Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menggarisi perkataan atau frasa yang menunjukkan kata kerja,
2. Murid menyenaraikan kata kerja.
3. Murid memadankan aktiviti dengan nilai murni.
4.Murid melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian yang sesuai.




Kemahiran Berfikir
Menjana idea
Membuat keputusan

BBB
Kad nilai murni
Langkah 3
(5minit)
                       

Penyoalan

1. Guru meminta murid membina ayat yang gramatis dari kata kerja dengan nilai murni.

1.Murid cuba melengkapkan ayat dengan kata bantu dan huraian yang sesuai.

BBB
Bahan pengurusan grafik
Penutup
( 5 minit)
Nyanyian nilai murni

1. Guru meminta murid menyebut perkataan nilai murni melalui aktiviti nyanyian.

1. Murid menyebut perkataan nilai murni melalui aktiviti nyanyian.

Kecerdasan pelbagai
Verbal linguistik
(muzik)

No comments:

Post a Comment